SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 7 Mac 2014

Kredibiliti Bekas Calon Pas Hakimi Kes Politik Di Mahkamah Rayuan Dipersoalkan????

Photo: Kredebiliti Bekas Calon Pas Hakimi Kes Politik Di Mahkamah Rayuan Dipersoalkan????Kredebiliti Mahkamah Rayuan tercabar gara-gara keengganan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof mengecualikan dirinya dari mendengar rayuan membabitkan kes-kes politik kerana beliau pernah menjadi calon Pilihan Raya UMUM untuk Parti Islam se-Malaysia (PAS) pada 2004.

Semalam, Peguam Adzly Abd Manas membantah pemilihan Datuk Mohamad Ariff sebagai anggota panel rayuan bagi kes Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas), lawan Md Faisal bin Ahmad Rohban.

Mohamad Ariff mengaku bahawa beliau merupakan bekas calon Pas bagi pilihan raya umum 2004 tapi enggan mengundur diri kerana menganggap ia tidak relevan. Pandangan itu dipersetujui oleh dua panel lagi, Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Dr.Hamid Sultan Abu Backer. Hamid Sultan menganggap bantahan tersebut tidak relevan kerana perkara ia bukan kes yang membabitkan organisasi politik.

Husam Musa menuduh Md Faisal merupakan seorang jurublog RBF Online dan menyaman beliau kerana memfitnah beliau terbabit dengan skandal pembalakan Kelantan. Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak saman Husam kerana gagal membuktikan blog tersebut milik Md faisal.

Mahkamah Rayuan akhirnya menerima rayuan Husam Musa mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Md Faisal Ahmad Rohban di Kota Bharu, Kelantan tahun lalu. Mahkamah Rayuan berpendapat hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana menolak bukti-bukti berdasarkan keterangan mengikut keadaan. Mahkamah Rayuan mengarahkan Md faisal membayar kos guaman Husam sebanyak RM 50 ribu dan mengarahkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu menentukan jumlah pampasan (damages) yang perlu Md faisal bayar kepada Husam dalam kes ini.

Kontroversi ini berterusan hari ini apabila, TV3 memfailkan usul untuk mengetepikan penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang memihak kepada bekas menteri besar Perak yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana kemungkinan hakim “berat sebelah”.

Menurut usul itu yang difailkan, stesen penyiar itu berkata ini Hakim Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof yang mempengerusikan panel hakim tidak sepatutnya menduduki panel Rayuan kerana penglibatan beliau dengan PAS.

Pihak responden berhujah bahawa Hakim Mohamad Ariff bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket PAS dan terus aktif dalam parti itu walaupun selepas dia kalah dalam pilihan raya tersebut.

Malah, menurut usul tersebut, Hakim Mohamad Ariff telah terpilih sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS untuk sesi 2007-2009.

Tambahnya, antara penglibatan Hakim Mohammad Ariff dalam PAS ialah bertindak sebagai penasihat undang-undang dan peguam dalam beberapa petisyen pilihan raya.

Ia menambah bahawa oleh kerana panel Mahkamah Rayuan mesti mempunyai sekurang- kurangnya tiga orang ahli, maka kehilangan kelayakan Hakim Ariff, bermakna tidak akan ada kuorum tersebut.

Oleh itu, notis usul TV3 itu memohon agar keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Februari lepas, yang memihak kepada Mohammad Nizar, diketepi atas alasan kegagalan kuorum.

Usul itu difailkan oleh TV3 dan penerbit Buletin Utama TV3, Rohani Ngah melalui peguam mereka di Messr TH Liew & Partners.

Nizar telah menyaman TV3 kerana dakwaan fitnah berhubung laporannya mengenai tweet nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang telah berjaya dibida oleh Sultan Johor.

Panel tiga anggota yang dipengerusikan oleh Hakim Mohamad Ariff, sebulat suara membenarkan rayuan Nizar untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM50 juta terhadap TV3. TV3 telah diarahkan membayar kepada Nizar RM30,000 untuk kos undang-undang.

Sesungguhnya tindakan Yang Arif Mohamad Ariff ini sangat luar biasa dan boleh mengundang persepsi negatif terhadap perundangan negara.

Beliau sepatutnya mencontohi bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi. Tun Zaki yang pernah menjadi penasihat undang-undang UMNO, ketika dilantik sebagai ketua Hakim Negara mengumumkan beliau tidak akan mendengar sebarang kes membabitkan UMNO.

Sehingga ke persaraannya pada 12 September 2011 beliau menepati janjinya bahawa beliau tidak akan mendengar sebarang kes mahkamah yang membabitkan UMNO sepanjang beliau memegang jawatan itu selama hampir tiga tahun.

“Saya tidak bicara satu pun kes mahkamah yang membabitkan UMNO atau kes-kes yang berbaur politik,” kata Zaki semasa persaraannya dahulu.

Malangnya sikap profesionalisme bekas Ketua Hakim Negara ini gagal dicontohi oleh Mohamad Ariff dan menyebabkan badan Kehakiman sekali lagi menjadi bahan perbualan yang penuh kontroversi.
Kredibiliti Mahkamah Rayuan tercabar gara-gara keengganan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof mengecualikan dirinya dari mendengar rayuan membabitkan kes-kes politik kerana beliau pernah menjadi calon Pilihan Raya UMUM untuk Parti Islam se-Malaysia (PAS) pada 2004.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan