SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 16 Mac 2014

Jentera PAS Lenyap di Kajang… Petunjuk Apa????

Photo: Jentera PAS Lenyap di Kajang… Petunjuk Apa????Wan Azizah terus mendendangkan cerita-cerita sedihnya untuk didengar oleh para pengundi. Wan Azizah menggunakan elemen kesedihan, kesepian, dan kegersangan seorang isteri yang bakal ditinggalkan oleh si suami, seorang peliwat yang dijatuhi hukuman buat kali kedua meskipun tempohnya lebih singkat iaitu lima tahun berbanding 8 tahun pada tahun 1999 dahulu.

Namun ada satu perkembangan yang sangat menarik. Kalau dalam beberapa PRK sebelum ini, Muslimat PAS merupakan antara jentera yang paling efektif mendapatkan dan meraih undi menerusi kempen dari rumah ke rumah dan mikro, di PRK DUN Kajang, jentera Muslimat PAS tidak kelihatan langsung. Malah jentera Pemuda PAS sendiri pun, kelihatan sekadar wujud untuk meletakkan nama sedangkan kerja tidak dijalankan seperti biasa.

Ada yang berkata, PAS menunggu sehingga pada saat-saat akhir untuk memulakan kempen seperti yang selalu mereka lakukan. Malah ada yang membuat spekulasi bahawa PAS akan meneruskan ‘pemboikotan’ mereka untuk PRK DUN Kajang kerana sudah tidak betah dicop sebagai PENGULUM ANWAR IBRAHIM.

PRK DUN Kajang sengaja diwujudkan oleh Anwar Ibrahim dalam usahanya menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Rayuan dan berharap, orang ramai akan mengalihkan perhatian daripada isu liwatnya kepada isu yang cuba digembar-gemburkannya iaitu menawan Putrajaya.

Ia sekaligus mengingatkan kita tentang apa yang berlaku pada tahun 1999 apabila Anwar Ibrahim tanpa malu-malu memberitahu, dia dipecat dari Kabinet dan UMNO kerana kebenciannya terhadap rasuah, nepostime dan kronisme. Sedangkan hal sebenar yang dia dipecat kerana salahlaku dan rasuah salahguna kuasa, langsung tidak diterangkan. Sebaliknya Anwar sekadar menyebut sambil lalu bahawa kesemua itu adalah fitnah dan konspirasi semata-mata.

Sehingga kes yang terbaru, Anwar Ibrahim tetap menggunakan alasan yang sama. Bagaimanapun, ‘kesilapan’ terbesarnya adalah apabila dia cuba menuduh hakim dan mahkamah tergesa-gesa menjatuhkan hukuman kepadanya sedangkan rakyat Malaysia masih ingat tentang 69 kali penangguhan di Mahkamah Tinggi menyebabkan perbicaraan liwat keduanya telah berkisar selama hampir empat tahun iaitu dari tahun 2008 sehingga 2012. Manakala proses di Mahkamah Rayuan pula telah menjalani proses penangguhan sebanyak 5 kali.

Kesemua penangguhan tersebut diminta dan didesak oleh Anwar Ibrahim dengan menggunakan pelbagai alasan termasuklah alasan sakit leher dan sakit tulang belakang walaupun pada masa yang sama, dia dilihat berceramah dan berkempen di mana-mana di Malaysia walaupun di mahkamah dia seperti sudah hampir putus nyawa.

Keputusan Anwar Ibrahim mengarahkan Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN Kajang dan kemudian mencalonkan dirinya sebagai calon PKR dalam PRK DUN Kajang yang bakal diadakan pada 23 Mac nanti, menyebabkan beberapa pihak dalam PAS termasuklah Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizan Kaiat membidas tindakan mementingkan diri oleh Anwar Ibrahim itu. Malah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Malaysia, turut mengecam tindakan Anwar Ibrahim yang dilihat cuba mempolitikkan hukuman yang diterimanya dengan mengheret rakyat untuk disusahkan.

PAS yang seringkali dilihat bodoh dan tolol oleh PKR nampaknya cuba bertindak bijak kali ini. Malah Anwar Ibrahim yang cuba bercakap besar kononnya PKR tidak memerlukan PAS kerana sokongan daripada masyarakat Cina yang sangat kuat untuk PKR, telah beberapa kali bermesyuarat dan cuba memujuk Abdul Hadi Awang, Presiden PAS agar melembutkan hati para pemimpin PAS yang marah dengan tindakannya kali ini.

Kebanyakan pengundi Melayu di DUN Kajang merupakan penyokong kuat PAS. Pada tahun 1999, PAS membuktikan kekuatan mereka apabila berjaya merampas kerusi DUN Kajang dari tangan MCA menerusi kejayaan Dr. Shafie Abu Bakar pada 29 November 1999.

Dr. Shafie merupakan bekas pensyarah di UKM dan sekarang ini menjadi ADUN Bangi mewakili PAS.

PKR boleh cakap besar kerana ‘kehebatan’ mereka mengumpulkan orang untuk mendengar ceramah. Bagaimanapun, PKR juga sedar bahawa lebih 80% yang mendengar ceramah mereka di Kajang tidak keluar mengundi kerana mereka adalah pengundi di kawasan lain. PKR tidak mempunyai kekuatan untuk berceramah dan berkempen secara mikro seperti yang dilakukan oleh Muslimat PAS dan Skuad Sayang Wanita UMNO. PKR hanya boleh bergebang tetapi tidak pernah dapat melaksanakan apa yang mereka gebangkan.
Wan Azizah terus mendendangkan cerita-cerita sedihnya untuk didengar oleh para pengundi. Wan Azizah menggunakan elemen kesedihan, kesepian, dan kegersangan seorang isteri yang bakal ditinggalkan oleh si suami, seorang peliwat yang dijatuhi hukuman buat kali kedua meskipun tempohnya lebih singkat iaitu lima tahun berbanding 8 tahun pada tahun 1999 dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan