SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 11 Mac 2014

Individu Pemegang Pasport Palsu Didedah..????

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan salah seorang dari dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu merupakan lelaki warga Iran berusia 19 tahun.
Katanya, pihak berkuasa masih berusaha mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang memegang pasport palsu berkenaan.

Sementara itu…
Polis Thailand tidak menolak kemungkinan dua lelaki yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370, merupakan pencari suaka politik dan tidak terlibat dalam aktiviti keganasan.

Ketua polis Pattaya, Supachai Puikaewcome berkata, pengganas kebiasaannya akan mempunyai perancangan yang lebih rapi tentang laluan dan penerbangan yang dinaiki berbanding tiket yang ditempah kedua-dua lelaki yang dipercayai dari Iran.

“Malah pengganas akan membeli tiket dengan kos yang efektif selain tidak mempunyai maklumat tentang lokasi atau penerbangan yang dinaiki," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan