SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 16 Mac 2014

India tambah aset luaskan pencarian ke 572 pulau????

India mula meninjau gugusan kepulauan di Laut Andaman menggunakan alat pengesan haba selain meluaskan kawasan pencarian hingga ke pantai Chennai dalam usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Dua pesawat peninjau Tentera Udara India memulakan pencarian di kepulauan yang tidak didiami sebagai langkah berjaga-jaga selepas dua kapal tentera laut menjalankan operasi di perairan Pulau Andaman dan Nicobar, kata jurucakap Pusat Pemerintahan Angkatan Tentera (Tri-Services Command) India Kolonel Harmit Singh.

Gugusan kepulauan dari India sehingga selatan Myanmar terdiri daripada 572 pulau di dalam kawasan seluas 720x52 kilometer (km).

Hanya 37 pulau tidak mempunyai penduduk dan kawasan hutan tebal meliputi pulau yang lain.

Tentera Laut India juga mempertimbangkan meluaskan kawasan pencarian ke barat sehingga ke Teluk Begal.

“Kami menunggu kebenaran tentera laut,” kata Singh tetapi tidak memberi maklumat lanjut mengenai operasi mencari itu termasuk penggunaan teknologi seperti alat pengesan haba di atas pesawat Dornier.

Pegawai pengawal pantai VSR Murthy berkata, India akan menumpukan usaha di kawasan perairan kepulauan dan pesisiran pantai India.

Dua kapal tentera laut masuk belayar di timur Pulau Nicobar.

Sementara itu, koresponden pertahanan The Indian Express, Manu Pubby, berkata dua kawasan baru ditambah hari ini, termasuk pantai Chennai.

Namun, tiada maklumat kukuh yang diberikan bagi menjelaskan sebab pencarian itu diperluas hingga ke kawasan itu, katanya.

Pantai Chennai terletak kira-kira 900km dari Laut Andaman, kata Manu yang turut memaparkan gambar bagi menunjukkan jarak kawasan itu dalam laman Twitter miliknya.

India menggunakan dua pesawat C-130 dan sebuah helikopter Mi-17 V5 Tentera Udara selain Dornier dan P8i iaitu pesawat peninjau maritim Tentera Laut.

Pegawai dan anggota Tentera Laut, Tentera Udara dan Pengawal Pantai India digembleng dalam usaha mencari pesawat itu yang meliputi kawasan dari Laut China Selatan hingga ke Laut Andaman. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan