SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 7 Mac 2014

Anwar mungkin tidak dapat bertanding PRK Kajang, kata Sim Tze Tzin????


Photo: Anwar mungkin tidak dapat bertanding PRK Kajang, kata Sim Tze Tzin???? Calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan kemungkinan tidak dapat bertanding, jika beliau berjaya dibuktikan meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin selain itu turut menjangkakan peguam Anwar tidak mempunyai masa untuk membuat rayuan jika keputusan tidak memihak kepadanya.

Ini kerana katanya keputusan itu besar kemungkinan akan diumumkan selepas waktu pejabat.

"Sebaik Mahkamah Rayuan habis membuat pendengaran pada hari Jumaat, penghakiman akan diberikan pada petang Isnin, betul-betul selepas sesi Parlimen di waktu pagi.

"Sekiranya Anwar disabit, tidak akan ada masa bagi peguam beliau untuk memohon penggantungan pelaksanaan hukuman di Mahkamah Persekutuan kerana ia selepas waktu pejabat, dan beliau (Anwar) akan ditahan di jel," kata Sim dalam sidang media hari ini.

Sim mendakwa prosiding saat akhir itu merupakan percaturan politik kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menamatkan kerjaya politik Anwar.
Calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan kemungkinan tidak dapat bertanding, jika beliau berjaya dibuktikan meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin selain itu turut menjangkakan peguam Anwar tidak mempunyai masa untuk membuat rayuan jika keputusan tidak memihak kepadanya.

Ini kerana katanya keputusan itu besar kemungkinan akan diumumkan selepas waktu pejabat.

"Sebaik Mahkamah Rayuan habis membuat pendengaran pada hari Jumaat, penghakiman akan diberikan pada petang Isnin, betul-betul selepas sesi Parlimen di waktu pagi.

"Sekiranya Anwar disabit, tidak akan ada masa bagi peguam beliau untuk memohon penggantungan pelaksanaan hukuman di Mahkamah Persekutuan kerana ia selepas waktu pejabat, dan beliau (Anwar) akan ditahan di jel," kata Sim dalam sidang media hari ini.

Sim mendakwa prosiding saat akhir itu merupakan percaturan politik kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menamatkan kerjaya politik Anwar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan