SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 7 Mac 2014

ANWAR KECUT TELOR, TAK BERANI KE KANDANG SAKSI ????

Photo: ANWAR KECUT TELOR, TAK BERANI KE KANDANG SAKSI ???? Ketua Pembangkang didakwa tidak berani tampil di mahkamah dan berada di kandang saksi bagi menjelaskan tuduhan liwatnya terhadap bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) berkata, bukti terhadap Anwar amat jelas dan Ketua Pembangkang itu akan didapati bersalah.

"Ianya cuma satu rayuan (rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan tidak bersalah Anwar di atas pertuduhan liwat) yang sukar ditentangnya,"katanya di Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, Anwar akan menghadapi kesukaran untuk menjelaskan dakwaan keatasnya dan akan menentang cubaan untuk diperiksa.

"Pihak responden (Anwar) telah memilih jalan selamat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan. Ini adalah cara penafian kosong yang klasik. Penafian kosong selepas memberi notis alibi," katanya ketika berbalas hujah dengan ketua penel kehakiman, Hakim Balia Yusof Wahi.

Balia Yusoh mengetuai panel tiga hakim bersama Hakim Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh.

Tambah Shafee, tiada sebarang alibi di keluarkan pihak defendan apabila alibi asal digugurkan setelah bukti kamera rakaman litar tertutup (CCTV) dipamerkan.

"Beliau tidak menafikan berada di sana (di kodominium). Beliau tidak boleh menafikan kerana beliau tampil dalam paparan klip (CCTV) tersebut," katanya lagi.

Jelasnya lagi, menerusi rakaman CCTV tersebut turut memperlihatkan Saiful tiba dan meninggalkan unit kondominium tersebut.
Ketua Pembangkang didakwa tidak berani tampil di mahkamah dan berada di kandang saksi bagi menjelaskan tuduhan liwatnya terhadap bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) berkata, bukti terhadap Anwar amat jelas dan Ketua Pembangkang itu akan didapati bersalah.

"Ianya cuma satu rayuan (rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan tidak bersalah Anwar di atas pertuduhan liwat) yang sukar ditentangnya,"katanya di Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, Anwar akan menghadapi kesukaran untuk menjelaskan dakwaan keatasnya dan akan menentang cubaan untuk diperiksa.

"Pihak responden (Anwar) telah memilih jalan selamat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan. Ini adalah cara penafian kosong yang klasik. Penafian kosong selepas memberi notis alibi," katanya ketika berbalas hujah dengan ketua penel kehakiman, Hakim Balia Yusof Wahi.

Balia Yusoh mengetuai panel tiga hakim bersama Hakim Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh.

Tambah Shafee, tiada sebarang alibi di keluarkan pihak defendan apabila alibi asal digugurkan setelah bukti kamera rakaman litar tertutup (CCTV) dipamerkan.

"Beliau tidak menafikan berada di sana (di kodominium). Beliau tidak boleh menafikan kerana beliau tampil dalam paparan klip (CCTV) tersebut," katanya lagi.

Jelasnya lagi, menerusi rakaman CCTV tersebut turut memperlihatkan Saiful tiba dan meninggalkan unit kondominium tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan