SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 14 Mac 2014

ANWAR ISYTIHAR TAK TAKUT MASUK PENJARA..????

Photo: ANWAR ISYTIHAR TAK TAKUT MASUK PENJARA..????Tidak cukup dengan berceramah di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mempergunakan Dewan Rakyat pula sebagai pentas untuk memperlekehkan badan kehakiman negara.

Ketika membahaskan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Ketua Pembangkang itu mengambil kesempatan mempertikaikan prosiding Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu yang mendapati beliau bersalah di atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Beliau bukan sahaja tidak berpuas hati dengan peguam terkenal, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pihak pendakwaan, malah mempersoalkan tindakan Hakim Datuk Aziah Ali mengetuai pengurusan kes berkenaan.

"Mana pernah dalam sejarah, case management diketuai oleh Hakim Aziah sendiri," katanya.

Anwar juga mempertikaikan keputusan mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan keputusan sehingga 8 Mac lalu.

"Hendak tangguh satu hari pun tak boleh. Tangguh satu hari, selisih dengan penamaan calon di Kajang," ujarnya.

Beliau juga cuba menegakkan benang basah dengan menyatakan isu yang dibangkitkan tidak berkaitan dengan soal hukuman penjara.

"Jangan ingat nak ugut saya takut masuk penjara. Saya dah duduk lapan tahun dalam penjara," jelasnya.
Tidak cukup dengan berceramah di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mempergunakan Dewan Rakyat pula sebagai pentas untuk memperlekehkan badan kehakiman negara.

Ketika membahaskan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Ketua Pembangkang itu mengambil kesempatan mempertikaikan prosiding Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu yang mendapati beliau bersalah di atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Beliau bukan sahaja tidak berpuas hati dengan peguam terkenal, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pihak pendakwaan, malah mempersoalkan tindakan Hakim Datuk Aziah Ali mengetuai pengurusan kes berkenaan.

"Mana pernah dalam sejarah, case management diketuai oleh Hakim Aziah sendiri," katanya.

Anwar juga mempertikaikan keputusan mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan keputusan sehingga 8 Mac lalu.

"Hendak tangguh satu hari pun tak boleh. Tangguh satu hari, selisih dengan penamaan calon di Kajang," ujarnya.

Beliau juga cuba menegakkan benang basah dengan menyatakan isu yang dibangkitkan tidak berkaitan dengan soal hukuman penjara.

"Jangan ingat nak ugut saya takut masuk penjara. Saya dah duduk lapan tahun dalam penjara," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan