SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 6 Mac 2014

Anwar Guna Platform Masjid Serang Peribadi Najib dan Rosmah...Jadi Imam Lepas Tu Kutuk Plak????

Photo: Anwar Guna Platform Masjid Serang Peribadi Najib dan Rosmah...Jadi Imam Lepas Tu Kutuk Plak????Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menjadikan masjid sebagai gelanggang politik menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Anwar juga yang juga merupakan Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkata dalam sesi tazkirahnya menyindir mengenai pemberian BR1M dan keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pemikir dari Nigeria pernah berkata bahawa catusan pencernaan semangat dari yang terpancar dari hati nurani. Semangat dari yang terpancar dari hati nurani dan bukan dari BR1M. Yang BR1M itu untuk kita makan sahaja.

"Sekiranya kamu ini kasih kepada (individu ini) iaitu keluarga kamu. Tetapi janganlah beri kontrak kepada anak kamu saja, belian beri kepada isteri kamu saja," katanya merujuk kepada Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa membeli cincin belian bernilai RM2 Juta oleh pihak pembangkang

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan Tazkirah kepada jemaah yang hadir selepas menunaikan solat isyak di Surau Ar Rahman  di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita dengan sikap Pengurus Pentadbiran dan Imam yang masih membenarkan ceramah-ceramah berunsur politik diadakan di masjid-masjid dan surau di negeri ini.

Titah baginda, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat 26 buah masjid dan surau di Selangor masih lagi membenarkan ceramah-ceramah berunsur politik diadakan.

Keadaan itu, titah baginda, sekali gus melanggar arahan serta larangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebelum ini

Dalam pada masa yang sama, Anwar turut menyifatkan Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali sebagai Pak Kaduk selepas Hassan Ali membuat kenyataan dengan menggelar Anwar mempunyai sifat-sidat 'kedajjalan' dan akan membawa negeri Selangor ke arah liberalisme andai dipilih menjadi Menteri Besar nanti.

"Pak Kaduk pun panggil saya dajjal. Sudahlah guna manafaat kita untuk berdakwah secara baik.

"Belum lagi pernamaan calon dah jadi dah sebegitu," katanya.

Pada Isnin lalu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi perbincangan telah mengemukakan 20 alasan syarie untuk pengundi-pengundi di Kajang tidak memilih Anwar pada 23 Mac ini kerana menurut mereka Anwar tidak layak memimpin.

Menurut Hasan Ali, Anwar tidak layak untuk bertanding kerana tidak memenuhi mana-mana kriteria sebagai calon di situ.

Hasan dan NGO-NGO tersebut juga telah mendakwa bahawa jika Anwar menjadi Menteri Besar Selangor, beliau akan mengubah undang-undang negeri itu kepada undang-undang yang lebih 'liberal'.

Selain itu, mereka juga mendakwa Anwar mempunyai sifat-sifat 'kedajjalan' serta ideologi yang dibawanya juga telah 'menyimpang dari ajaran Islam'.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menjadikan masjid sebagai gelanggang politik menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan