SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 16 Februari 2014

Video Teresa Kok Bawa Elemen Keganasan...Nah Ambil Kau NGO Cina Pun Menyampah Dengan Teresa Kok?????

Photo: Video Teresa Kok Bawa Elemen Keganasan...Nah Ambil Kau NGO Cina Pun Menyampah Dengan Teresa Kok?????Kumpulan Profesional Cina hari ini tidak bersetuju dengan penerbitan video dan  'Onederful Malaysia CNY 2014'  terbitan Teresa Kok berikutan mengandungi elemen keganasan lembut (soft violent) yang boleh mempengaruhi mereka yang tidak berfikir secara positif.

Kumpulan itu juga bersepakat mendesak Teresa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia walaupun mereka tahu beliau tidak akan berbuat demikian.

Dalam klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina.

Tiga tetamu undangannya itu mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.

Video itu didakwa turut dikatakan menghina kaum Melayu menerusi perkataan 'Malay Si' yang membawa maksud 'Melayu Mati'.
.
Selain itu, kandungan video tersebut turut memperlekehkan insiden pengganas di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan beberapa pasukan tentera di negara ini.
Kumpulan Profesional Cina hari ini tidak bersetuju dengan penerbitan video dan 'Onederful Malaysia CNY 2014' terbitan Teresa Kok berikutan mengandungi elemen keganasan lembut (soft violent) yang boleh mempengaruhi mereka yang tidak berfikir secara positif.

Kumpulan itu juga bersepakat mendesak Teresa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia walaupun mereka tahu beliau tidak akan berbuat demikian.

Dalam klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina.

Tiga tetamu undangannya itu mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.

Video itu didakwa turut dikatakan menghina kaum Melayu menerusi perkataan 'Malay Si' yang membawa maksud 'Melayu Mati'.
.
Selain itu, kandungan video tersebut turut memperlekehkan insiden pengganas di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan beberapa pasukan tentera di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan