Kini PRK DUN Kajang adalah buktinya bagaimana para penyokong Pakatan
Rakyat sebenarnya tidak pernah bercakap serupa bikin. Mereka hanyalah
burung kakatua yang hanya pandai mengajuk tetapi otak mereka kosong
sekosong-kosongnya. Tiada sebarang kebaikan dalam hati dan fikiran
mereka, melainkan mereka terus menyemai benih kebencian tetapi
kebijaksanaan mereka telah membolehkan mereka sentiasa menuding
jari dan menyalahkan pihak UMNO-BN....Kita boleh lihat sekarang, mereka
yang sebelum ini memperjuangkan KESAMARATAAN dan anti-rasis, tiba-tiba
sahaja mempopularkan cerita UMNO penakut kerana biarkan MCA bertanding
di DUN Kajang. Hilang sudah segala perjuangan dan cakap-cakap besar
mereka sebelum ini. Sukar sebenarnya untuk mereka melihat realiti bahawa
UMNO sebenarnya lebih terbuka dan komponen dalam Barisan Nasional
bekerja sebagai satu komuniti Malaysia, bukannya bertuhankan seorang
individu seperti PKR!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan