SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 27 Februari 2014

PKR Mahu Shamsul Selesai Isu Saman Hadi Awang????

Photo: PKR Mahu Shamsul Selesai Isu Saman Hadi Awang???? Bekas Calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin diminta untuk menyelesaikan kemelut bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung samannya bernilai RM2 juta dalam tempoh 72 jam.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kedua-dua pihak diharap dapat mencapai kesepakatan dengan baik du luar mahkamah.

"Beri kami tempoh dalam masa 72 jam agar pimpinan PKR dapat membantu menyelesaikan kes ini dengan cara baik.

"Buat masa ini perbincangan berkenaan mempunyai petunjuk positif," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Menurut beliau, PKR sejak awal lagi tidak bersetuju dengan tindakan Shamsul mengemukakan saman kepada Abdul Hadi demi hubungan baik sesama komponen Pakatan Rakyat (PR).

Mohd Shamsul memfailkan saman terhadap Abdul Hadi kerana mendakwanya sebagai pengedar pil methamphetamine atau dikenali sebagai pil kuda.

Kenyataan Abdul Hadi itu berikutan rasa tidak puas hati terhadap PKR yang mendesak untuk bertanding di kawasan PAS mengakibatkan PAS meletakkan calon-calonnya di kerusi yang ditandingi PKR.

Semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Mohd Shamsul telah menuntut Abdul Hadi memohon maaf kerana orang ramai menganggap dia adalah orang yang dituduh melakukan perbuatan itu namun Ahli Parlimen Marang enggan bertindak sedemikian.
Bekas Calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin diminta untuk menyelesaikan kemelut bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung samannya bernilai RM2 juta dalam tempoh 72 jam.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kedua-dua pihak diharap dapat mencapai kesepakatan dengan baik du luar mahkamah.

"Beri kami tempoh dalam masa 72 jam agar pimpinan PKR dapat membantu menyelesaikan kes ini dengan cara baik.

"Buat masa ini perbincangan berkenaan mempunyai petunjuk positif," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Menurut beliau, PKR sejak awal lagi tidak bersetuju dengan tindakan Shamsul mengemukakan saman kepada Abdul Hadi demi hubungan baik sesama komponen Pakatan Rakyat (PR).

Mohd Shamsul memfailkan saman terhadap Abdul Hadi kerana mendakwanya sebagai pengedar pil methamphetamine atau dikenali sebagai pil kuda.

Kenyataan Abdul Hadi itu berikutan rasa tidak puas hati terhadap PKR yang mendesak untuk bertanding di kawasan PAS mengakibatkan PAS meletakkan calon-calonnya di kerusi yang ditandingi PKR.

Semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Mohd Shamsul telah menuntut Abdul Hadi memohon maaf kerana orang ramai menganggap dia adalah orang yang dituduh melakukan perbuatan itu namun Ahli Parlimen Marang enggan bertindak sedemikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan