Pelakon
video Teresa Kok lari dari wartawan????Pelakon video kontroversi
‘Onederfull Malaysia CNY 2014’ bersama Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok
hari ini dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL).
Pelakon wanita Lim Ching Miau (gambar) yang berlakon sebagai ‘Mrs Jit ‘ tiba di IPPKL jam 8.30 pagi tadi, manakala kedua-dua pelakon lelaki yang melakonkan watak Brother wai dan Cik Yan Yan hadir kira-kira jam 9 pagi.
Namun pelakon wanita yang digambarkan sebagai wanita gemuk berambut tebal, yang menyukai barang kemas dan beg tangan di dalam video itu berjaya meloloskan diri dari pihak media selepas keterangannya diambil dan keluar sejam kemudian.
Sementara itu salah seorang pelakon yang hanya dikenali sebagai Ah Kok ketika ditemui selepas memberi keterangan berkata, dia hanya pelakon yang melakonkan wataknya.
“Saya hanya pelakon…dia (Teresa) beri saya watak jadi saya lakukannya sahaja…Maaf. Saya dipanggil hari ini untuk beri keterangan sahaja,” katanya.
Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai jumlah bayaran yang diterimanya untuk melakonkan watak sebagai Cik Yan Yan yang merupakan Pakar dalam Pelancongan dan Feng Sui.
Teresa dilaporkan bakal hadir ke IPPKL jam 3 petang ini.
Dalam klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina dan tetamu undangannya itu mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan