SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 9 Februari 2014

NASHARUDDIN MAT ISA NAK KENA 'SENGAAAATTT' NIH BILA DIA BIKIN PANAS PKR DAN ANWAR IBRAHIM?????


Photo: NASHARUDDIN MAT ISA NAK KENA 'SENGAAAATTT' NIH BILA DIA BIKIN PANAS PKR DAN ANWAR IBRAHIM?????Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sekali lagi menggesa agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat memandangkan PAS tidak mendapat sebarang manfaat daripada Tahaluf Siyasi bersama-sama dengan PKR dan DAP.

Menurutnya, 
PAS mesti keluar pakatan
PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam. 
Ketika membuat desakan itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam. 
Malah, katanya, kerjasama dengan PKR yang membabitkan pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hal ehwal dalaman dilihat mula melunturkan kekuatan PAS. 
Berikutan itu, katanya, PAS perlu menjarakkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya. 
PAS itu hebat bersendiri, PAS pernah bersendiri, saya rasa ramai juga orang menyokong PAS jika bersendiri, katanya ketika ditemui selepas sesi temu bual eksklusif bersama BHOnline
Nasharuddin Mat Isa bagaikan mencurahkan garam ke luka. Kenyataan terbarunya itu pasti akan mengundang kemarahan luar biasa daripada para penyokong Anwar Ibrahim yang berada di dalam PAS. Walaupun Nasharuddin Mat Isa telah kehilangan semua jawatannya di dalam PAS, namun pengaruh anak didik Allahyarham Fadhil Nor itu cukup kuat dalam PAS. 

Dengan keadaan semasa yang menunjukkan sebahagian besar daripada kebimbangan kumpulan UG tentang keserakahan Anwar Ibrahim dan kebiadapan DAP menjadi nyata, kenyataan terbaru Nasharuddin Mat Isa itu jelas menunjukkan bahawa PAS sebenarnya berada di ambang bahaya sekiranya terus mengikut kehendak pemimpin-pemimpin dalam PAS yang berkepentingan terhadap PKR dan DAP
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sekali lagi menggesa agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat memandangkan PAS tidak mendapat sebarang manfaat daripada Tahaluf Siyasi bersama-sama dengan PKR dan DAP.

Menurutnya,
PAS mesti keluar pakatan
PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Ketika membuat desakan itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.
Malah, katanya, kerjasama dengan PKR yang membabitkan pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hal ehwal dalaman dilihat mula melunturkan kekuatan PAS.
Berikutan itu, katanya, PAS perlu menjarakkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.
PAS itu hebat bersendiri, PAS pernah bersendiri, saya rasa ramai juga orang menyokong PAS jika bersendiri, katanya ketika ditemui selepas sesi temu bual eksklusif bersama BHOnline
Nasharuddin Mat Isa bagaikan mencurahkan garam ke luka. Kenyataan terbarunya itu pasti akan mengundang kemarahan luar biasa daripada para penyokong Anwar Ibrahim yang berada di dalam PAS. Walaupun Nasharuddin Mat Isa telah kehilangan semua jawatannya di dalam PAS, namun pengaruh anak didik Allahyarham Fadhil Nor itu cukup kuat dalam PAS.

Dengan keadaan semasa yang menunjukkan sebahagian besar daripada kebimbangan kumpulan UG tentang keserakahan Anwar Ibrahim dan kebiadapan DAP menjadi nyata, kenyataan terbaru Nasharuddin Mat Isa itu jelas menunjukkan bahawa PAS sebenarnya berada di ambang bahaya sekiranya terus mengikut kehendak pemimpin-pemimpin dalam PAS yang berkepentingan terhadap PKR dan DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan