SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 14 Februari 2014

KURANG AJAR..TEKS KHUTUBAH JUMAAT HARI INI DIJADIKAN BAHAN BERITA OLEH MALAYSIAKINI SEBELUM IANYA DISAMPAIKAN?????

Hebat betul Malaysiakini..Sampai ke teks Khutubah Jumaat untuk hari ini pun disiarkan mereka..Untuk tujuan apa teks khutubah ini disiarkan?? Untuk membolehkan rakyat yang bukan beragama Islam mempertikaikan teks khutubah ini..Kalau sebelum ini, beberapa pemimpin DAP telah mempertikai isi kandungan khutubah Jumaat yang telah disampaikan di masjid kononnya Islam sebuah agama yang rasis dan beranggapan buruk terhadap Kristian dan tindakan mereka ini telah dikritik hebat oleh umat Islam di Malaysia......Kebanyakkan yang membaca adalah Melayu kita...dan beri pelbagai pandangan..tentu ada maksud yang tersirat?

Kini..untuk mengelakkan pemimpin DAP terus dikecam kerana mencampuri urusan orang Islam, portal tali barut DAP iaitu Malaysiakini pula memainkan peranan dengan mengeluarkan isi kandungan teks ucapan khutubah Jumaat sebelum ianya dibaca pada solat Jumaat tengah hari ini.. Tujuannya supaya rakyat boleh mengkritik dan mempolitikkan isi kandungan teks khutubah Jumaat itu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan