SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 25 Februari 2014

Krisis Air Lembah Klang~ Khalid Telah Diingatkan Sejak 2010????

PhotoPhotoKrisis Air di Lembah Klang tidak akan berlaku jika Tan Sri Khalid tidak menunjukkan kebodohannya dengan menentang semua kajian yang telah dibuat oleh kerajaan BN Selangor sebelumnya.

Malahan Titah Tuanku Sultan Selangor pada 2010 mengenai keperluan melaksanan projek Langat 2 bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk Lemlah Klang juga dipandang enteng oleh Tan Sri Khalid.

Pada 2010, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menulis dalam blognya dalam artikel bertajuk “Sokong Penstrukturan Semula Air Selangor“, mengingatkan Tan Sri Khalid bahawa

alasan Tan Sri Khalid kononnya masalah bekalan air bersih di Lembah Klang tidak akan berlaku pada 2014 tetapi pada 2019 tidak pernah disokong oleh fakta atau mana-mana data penyelidikan. Sampai hari ini kita tertanya-tanya siapakah yang dilantik oleh Tan Sri Khalid bagi menjalankan penyelidikan tersebut? Sekarang, apakah penyelidik tersebut akan bertanggungjawab?

KT 0003Tidak cukup itu, pada 2012, bekas Menteri Besar Selangor itu sekali lagi mengingatkan Khalid mengenai kemungkinan berlakunya krisis bekalan air dalam tulisannya, “Loji Langat 2: Khalid Ibrahim Sabotaj Berbilion Ringgit Duit Rakyat”

11. Khalid boleh terus berbahas sama ada akan berlaku krisis air atau tidak pada 2014 nanti jika rancangan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor tidak dilaksanakan. Khalid boleh sahaja mengutarakan pandangan pakar-pakar yang beliau dakwa berkata sebaliknya, biarpun sehingga kini tidak satu kajian dikemukakan kepada rakyat.

12. Namun apakah perlu Khalid memperjudikan keadaan ini sedangkan sebahagian rancangan ini telah dilaksanakan di sebelah Pahang? Jika Khalid berterusan menghalang pembinaan loji ini bermakna sebahagian besar pelaburan musnah tanpa hasil. Kerajaan Persekutuan juga akan menanggung hutang berbilion ringgit akibat disabotaj oleh kerajaan negeri Selangor.

Hakikatnya, semua ini berlaku kerana bodoh sombong dan tamak Khalid Ibrahim dan PKR yang enggan meneruskan projek Langat 2.

Sekarang rakyat Selangor jangan salahkan sesiapa kecuali diri sendiri kerana mengundi Pakatan yang bodoh dan bangang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan