Walaupun Faekah
Husin dilihat cuba mempertahankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim dari segenap aspek, namun bekas majikannya itu sebentar tadi, tidak bersetuju medium laman sosial digunakan bagi tujuan itu.
Menurut Abdul Khalid, penggunaan laman mikro Twitter sebagai alat
komunikasi dalam konteks ini boleh mencetuskan kemarahan awam.“Saya juga
mengharapkan kita tak boleh guna itu (laman sosial), sebagai satu usaha
untuk membangunkan atau menjatuhkan orang lain.“Satu usaha yang mungkin
mencetuskan kemarahan dan juga mencetuskan rasa tidak percaya dan juga
cuba menyokong sama lain.. juga sebagai satu alat komunikasi,” katanya
pada sidang media di kediamannya, hari ini.
Faekah, bekas
setiausaha politik Abdul Khalid itu aktif membuat serangan balas di
laman sosial Twitter apabila pentadbiran Adun Pelabuhan Klang terbabit
mendapat kritikan keras daripada pimpinan PKR.
Sebelum ini, Faekah
telah membela Abdul Khalid dengan menyifatkan pihak yang mengejar
jawatan itu bernafsu besar dan pemimpin politik “luar” daripada Selangor
perlu mempelajari undang-undang negeri itu.
“Ahli politik di luar
Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan
menghina sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri,” katanya
dalam akaun Twitternya.
Kenyataan ini dikeluarkan selepas timbul
ura-ura Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan MB Selangor
daripada Abdul Khalid berikutan peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin
Cheh.
Perkara itu berterusan apabila menerima respon Timbalan
Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik
Nazmi Nik Ahmad yang meminta Faekah tutup mulut.
Terdahulu, Faekah beberapa kali membidas Mohamed Azmin berhubung isu PKNS.
Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid menjelaskan, kenyataan Faekah itu adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili dirinya.
“Tidak, biasanya mewakili saya melalui kenyataan akhbar,” katanya.
Selain itu, Abdul Khalid juga berkata tidak pernah merasa tersepit ekoran timbulnya kemelut PKR di Selangor.
“Tak ada, sebab itu saya boleh ke sana ke sini, minum teh jadi kita
kena faham keadaan politik adalah untuk tarik perhatian masyarakat.
“Ia hanya spekulasi, dan itu tugas pengkritik, dan menganalisa,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan