
Kajian mengenai wajarkah PRK DUN Kajang diadakan atau tidak menampakkan keputusannya menyebelahi kepada Ketua Umum Pembanggkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kajian dijalankan terhadap 576 responden daripada 38,965 pengundi berdaftar di Kajang yang menampakkan hasil sebanyak 59% mengatakan YA, PRK itu wajar dilakukan berbanding hanya 17% sahaja mengatakan tidak dan 24% lain adalah tidak pasti.
Ramai pemimpin dan penyokong PKR lain berpendapat hasil kajian UMCedel yang dibuat oleh Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman membuktikan Menteri Besar Selangor ketika ini iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim layak digugurkan dan digantikan dengan Anwar.
Seterusnya, kononnya penggantian jawatan MB oleh Anwar dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan krisis yang melanda negeri Selangor.
Namun, Khalid bingkas mempertahankan dirinya mengatakan kajian yang dibuat oleh UMCedel bukanlah kayu pengukur menunjukkan dirinya sebagai ketua pentadbir di Selangor yang teruk dalam menjaga negeri Selangor.
Khalid juga menyatakan dengan tegas, beliau yakin selama pentadbirannya di Selangor dilakukan dengan terbaik demi rakyat dan menjaga kebajikan rakyat di negeri itu.
Keputusan sama ada jawatannya sebagai MB Selangor juga tidak akan dibicarakan sehingga PRK DUN Kajang selesai di mana Anwar diletakkan sebagai calon pembangkang untuk bertanding.
Pun begitu, ramai pihak juga menyatakan kajian UMCedel tidak dilakukan secara menyeluruh kerana tidak ada perkembangan secara mendalam sama ada pengundi di Kajang benar-benar memahami tujuan sebenar PRK DUN Kajang perlu dilakukan.
Hakikatnya, kajian tersebut hanyalah sebagai salah satu cara dan alasan utama PRK DUN Kajang perlu dilakukan bagi menyelesaikan pergeseran dalaman PKR Selangor yang berlaku sejak sekian lamanya. Selain memberikan laluan kepada Anwar untuk merealisasikan kehendak peribadinya.
Artikel Berkaitan:
Kajian Dipengaruhi Anwar, Universiti Malaya Perlu Jawab Dakwaan Zaid Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan