Jambatan Kedua P.Pinang
yang kini semakin hampir ke fasa terakhir dan bakal dilancarkan pada 1
Mac iniJambatan ini juga merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan mempunyai panjang kira-kira 24km yang menghubungkan dari Batu Kawan ke Batu Maung.
Jambatan Kedua ini boleh dianggap sebagai satu lagi kejayaan kerajaan persekutuan sekaligus membuka mata dunia terhadap kemampuan Malaysia membangun sejajar dengan pembangunan yang dinikmati di negara-negara moden yang lain.
Jambatan Kedua ini juga kini menjadi ikon perlancongan terbaru kepada negeri P.Pinang dan dilihat dapat membantu menjana ekonomi sektor perlancongan di Malaysia dari pelancong dalam dan juga luar negara.
Projek ini yang menelan kos kira-kira 4.5 billion kini telah siap dan telah diuji sepenuhnya oleh pihak-pihak yang terlibat serta disahkan selamat untuk digunakan.Pelbagai ujian beban telah dijalankan dan semuanya lancar serta memenuhi tahap piawaian yang dikehendaki oleh badan antarabangsa.
Projek mega kerajaan Persekutuan ini kini mula dijadikan modal politik oleh segelintir pihak.Seperti biasa,pembangunan kerajaan persekutuan untuk kemudahan rakyat sering kali diputar belitkan oleh pihak-pihak tertentu.Sebelum ini,ketika projek ini masih dalam perbincangan untuk dilaksanakan,beberapa pihak didalangi pihak pembangkang dengan lantang mengkritik kerajaan kerana menganggap projek ini sebagai satu pembaziran duit rakyat.
Kini apabila projek sudah siap,segelintir pihak yang mengkritik sebelum ini dilihat cuba mengambil mengambil kesempatan demi kepentingan politik dan juga survival politik peribadi.Lim Guan Eng yang mengetuai kerajaan negeri dilihat akan menggunakan ikon jambatan ini untuk membuktikan kejayaan pimpinan beliau kepada rakyat
Tindakan populis Lim Guan Eng seperti ini sering kali dibuat oleh beliau untuk menyembunyikan tindakan rakus dalam hal pentadbiran beliau di negeri P.Pinang.Banyak pembangunan yang dibawa oleh beliau ke negeri ini dilihat hanya menguntungkan sebelah pihak saja.Banyak rumah-rumah mewah yang diluluskan kerajaan DAP P.Pinang dilihat umpama penindasan secara teranncang kepada sebahagian rakyat di negeri ini yang majoritinya Melayu berpendapatan sederhana.
Merujuk kepada perlancaran secara rasmi Jambatan Kedua P.Pinang ini,pihak Jambatan Kedua telah mengumumkan bahawa sistem tol yang akan digunakan nanti di jambatan ini telah siap sepenuhnya untuk digunakan."Selepas ujian sistem tol,saya yakin jambatan ini telah siap untuk pelancaran bulan depan," ujar Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan kepada media semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin negara pertama menggunakan jambatan itu untuk menghadiri majlis di Kepala Batas,Seberang Perai pada April tahun lepas.Mengikut perancangan awal, jambatan itu dijadual siap 8 November tahun lalu tetapi selepas insiden runtuhan di penghubung jambatan,tarikh tersebut terpaksa ditunda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan