SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 21 Februari 2014

ISU HADIS - DR. MAZA SAHKAN BAKAL BERDEBAT DENGAN KASSIM AHMAD???? Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin mengesahkan beliau bakal berdebat dengan Dr. Kassim Ahmad dalam satu dialog dianjurkan oleh Sinar Harian pada 3 Mac ini.
Katanya menerusi laman Facebooknya, persiapan mengenai dialog itu sedang dijalankan oleh pihak penganjur.

“Pihak Sinar Harian dan Majalah I sedang mengatur satu dialog terbuka antara Dr MAZA dan Dr Kassim Ahmad tentang isu hadis. Doakan semuanya berjalan lancar,” katanya menerusi laman Facebook.
Beliau yang mempunyai PhD dalam bidang hadith turut berharap agar dialog yang dirancang itu dipermudahkan.
“InshaAllah pada asasnya pihak Sinar Harian sudah mendapat persetujuan untuk satu dialog tentang hadis antara Dr Kassim Ahmad dan Dr MAZA pada 3 Mac 2014 di Karangkraf. Pengurusan sedang dilakukan. Moga Allah mudahkan”, katanya.
Dr. Kassim Ahmad beberapa hari lalu menggemparkan negara apabila mengeluarkan beberapa kenyataan yang bersifat kontroversi ketika seminar pemikiran Kassim Ahmad yang diadakan di Putrajaya.
Antara kenyataan yang didakwanya adalah Islam di negara ini telah diselewengkan oleh “kasta paderi” yang dipanggil ulama.
Selain itu beliau turut mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad.
Berikutan kenyataan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuka kertas siasatan diatas pandangan Kassim yang bercanggah dengan prinsip Islam dan ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan masyarakat Islam di Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan