KECANTIKAN, 
KUASA, WANG DAN KEDUDUKAN bukanlah jaminan keluarga bahagia. Rezeki, 
jodoh dan maut itu semua adalah ketentuan Allah... Pelakon popular, Erra
 Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku 
Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar 
tadi.....Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik. 
  
 Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5. 
  
 Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan perkahwinan pasangan terbabit 
goyah namun Erra sering menafikan dan mengelak daripada berjumpa dengan 
wartawan. 
  
 Penyanyi lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu 
turut meminta supaya fitnah membabitkan rumah tangga mereka dihentikan 
serta merta.
  
 Terdahulu, terdapat gosip mendakwa Erra Fazira 
dan Engku Emran telah berpisah secara sah pada penghujung Oktober 2012 
namun di rahsiakan oleh mereka.
  
 “Minta maaf, buat masa ini 
tiada sebarang kenyataan dan penjelasan untuk Erra berikan kepada umum 
mengenai gossip ini. Gossip hanya tinggal gossip sahaja”
  
 “Jika
 ada fakta yang mahu Erra kongsikan bersama peminat & umum, Erra 
pasti akan memberitahu secara langsung kepada anda & rakan media 
semua,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan