Selasa, 25 Februari 2014
Catu Air~ Bakal MB S’gor Ligat Depan Kuil, Rakyat Tinggal Ternganga????
BILA kita kata Anwar Ibrahim ini jenis manusia yang cakap saja pandai, tapi hasil yilleekk, ramai yang melompat marah. Diangkutnyalah semua cerita kejayaan semasa dia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu, bagi nak mematahkan hujah tersebut.
Tak tahu ke dia yang semua kejayaan yang disebut itu berlaku semasa Anwar memegang jawatan dalam kerajaan BN, bukan dalam kerajaan pembangkang, malulah sikit. Satu-satunya jawatan yang dipegang Anwar dalam kerajaan pembangkang – Penasihat Khas Ekonomi Selangor, masih tidak menunjukkan apa-apa hasil yang boleh dibanggakan atau senang cakap, takde hasil pun.
Maklumlah, bayar RM 1 sebulan, dapatlah hasil yang macam itu – terkinja-kinja macam beruk.
Jadi, betullah kata Anwar ini tau cakap tapi hasil tarak. Bodoh-bodoh Khalid Ibrahim dalam politik, dia ada juga hasil kerja yang sesuai dengan latar belakang dalam bidang ekonomi yang boleh ditunjukkan – peningkatan dalam rizab kerajaan negeri. Pro dan Con kepada rizab tersebut usah ceritalah sebab isunya bukan itu, tapi yang penting adalah hasil, banding dengan Anwar.
Sekarang, dalam sibuk-sibuk mempromosikan diri sebagai calon PRK Kajang, Anwar dikesan sempat berjoget MGR di depan sebuah kuil Hindu – kuil Sri Maha Mariamman, Kajang.
Ini bukan kali pertama Anwar joget macam itu, si tua banyak muka ini boleh jadi apa saja, janji undi masyuk.
Tapi masalahnya dengan joget kali ini, Anwar tidak sensitif dengan kesusahan rakyat Selangor yang hari ni mula dicatu air mereka. Beberapa kawasan di Dengkil dan Cheras dah mula takde air, sementara Balakong pula dah kontang sebelum pengumuman dibuat pun.
Semua ini tak dapat perhatian kononnya bakal Menteri Besar Selangor itu. Pada Anwar, yang utama pada dia sekarang ialah cari mileage politik, nak kena menari MGR pun menari MGRlah, silap-silap, kalau menari bogel itu boleh mengesahkan kemenangan Anwar tanpa susah-susah kempen di Kajang, penulis percaya itu juga akan dibuatnya.
Dalam situasi ini, Anwar dah tak peduli dah sebab dia ada unlimited supply penyokong yang bodohnya cukup masak sehingga telan saja apa yang Anwar buat untuk raih undi.
Ada yang pandang itu kecil, menari saja pun kata mereka. Tapi cuba kalau PM yang menari macam itu. Maka direkayaksakanlah ke seluruh alam semesta ini akan tarian tersebut sebagai tidak sensitif dan sebagainya. Alangkah contoh harga kangkung turun yang PM sebut pun jadi isu besar, apatah lagi kalau PM menari MGR macam itu.
Umur dah macam itu, cari kerja lainlah Anwar ooi. Belum jadi MB pun, rakyat Selangor dah dilupakan. Ceramah siang malam di Kajang, UMNO, UMNO, UMNO. Nama nak sentuh pasal krisis air dan pelbagai bala yang berlaku di negeri tersebut, haram tidak sesekali.
Agaknya dia dah tau semua tu puncanya dia, itu yang tak sentuh langsung kot.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan