Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Kajang
pada Khamis menyuarakan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN)
dan berhasrat untuk mengadakan kempen menentang Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia
(Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, Pakatan Rakyat dan Anwar tidak
membantu perniagaan kecil dan sederhana di Kajang ketika mereka memegang
kuasa dan tidak layak mendapat undi mereka.
"Terdapat banyak
kes banyak premis perniagaan kecil dimusnahkan tetapi mereka tidak
berbuat apa-apa untuk membantu. Kami dan Umno yang bantu peniaga-peniaga
ini," katanya.
Ridzuan menambah bahawa mereka hilang
kepercayaan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan percaya ahli kaum
Cina dalam parti tersebut dijadikan sebagai 'boneka' oleh Pakatan
Rakyat.
Ridzuan turut mempersoalkan mengenai kesanggupan bekas
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh untuk berundur
bagi memberi laluan kepada Anwar.
"Kita mahu SPRM (Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasat sama ada terdapat unsur
rasuah berlaku dalam perkara ini," katanya.
Kenyataan Ikhlas
itu disokong oleh anggota-anggota Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia,
Pertubuhan Social Minda Prihatin dan Persatuan Veteran Tentera Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan