SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 31 Januari 2014

Harga Barang Turun Hingga 70% Serentak Tepis Fitnah Melampau Pembangkang???

Pembangkang yang sering melagukan isu harga barang naik kononnya sinonim dengan Barisan Nasional bakal kehilangan punca. Ini berikutan tindakan drastik kerajaan yang cukup perihatin pada kesulitan rakyat. Komitmen kerajaan merupakan bukti keseriusan dalam menangani masalah kos sara hidup yang kini membelenggu rakyat.

Sebelum ini Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sekali lagi mempersendakan Perdana Menteri dengan mengakui sayur kangkung turun harga kerana tiada seorang pun menteri kabinet atau kroni mereka terlibat dengan perniagaan kangkung. Sikap para pemimpin PAS yang berterusan memfitnah dan mentohmah kerajaan menunjukkan sikap gelojah dan tidak matang mereka dalam menangani isu sebenar.

Husam memperolokkan kerajaan dengan berkata “Sekiranya sayuran itu dimonopoli oleh syarikat mereka sudah tentu ianya akan naik harga sebagaimana gula, minyak masak, gas, petrol dan lain-lain,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Ibrah dari kisah Nabi Yusof: Perancangan Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat” pada Kolokium Agenda Kesejahteraan Rakyat di Dewan Teratai.

Kegagalan PAS mentadbir Kelantan tidak menjadi iktibar malahan mereka dengan muka tebal sanggup menuduh kerajaan tidak ada agenda kesejahteraan dan kebajikan rakyat kononnya dengan mengutamakan kepentingan kroni dan peribadi sehingga membuatkan rakyat menderita. Semua rakyat tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan telah mengkronikan hampir kesemua projek mereka sehingga menyebabkan Kelantan terus mundur sehingga tidak mampu membekalkan air bersih kepada rakyat.

Langkah kerajaan melancarkan kempen penurunan harga barang antara 15 hingga 70 peratus secara serentak di seluruh negara itu melibatkan sehingga 4,000 jenis produk keperluan harian terutama makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, makanan dalam tin, produk bayi dan kanak-kanak, minuman serta produk bukan makanan.

Kempen enam bulan ini melibatkan penyertaan 10 pasar raya iaitu, Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG, Segi Fresh Mart, Giant, KK Mart dan Tesco. Ianya merupakan sebahagian pendekatan kerajaan bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup selagi ianya berada di dalam bidang kuasa kerajaan.

Kerajaan menggunakan empat pendekatan dalam menangani masalah kos sara hidup dengan salah satu daripadanya ialah menjalinkan kerjasama dengan pihak peniaga untuk menurunkan harga. Disamping itu kerajaan juga memperbanyakkan program bersifat kemahiran tambahan kepada rakyat agar mereka mampu menikmati pendapatan lebih tinggi serta turut memperkenalkan penetapan gaji minimum.

Pendekatan kerajaan yang mempelbagaikan bantuan kepada rakyat dan mengarahkan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab juga merupakan satu langkah yang amat baik. Tambahan pula Ops Harga 2.0 yang dilancarkan oleh KPDNKK juga boleh dilaksanakan kepada pemborong dan pembekal.

Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terjaga. Sikap prihatin kerajaan ini memang sesuatu yang harus dipuji. Tindakan pembangkang yang cuba mempolitikkan isu harga barang ini sebenarnya perlu dikekang demi kesejahteraan rakyat. Pihak media alternatif perlu bersikap lebih bertanggungjawab dengan menyampaikan berita yang lebih telus bukannya “menari” mengikut hasutan pembangkang. Ingat jihad kita demi agama bangsa dan agama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan