SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 1 September 2013

BERBEZA PENDAPAT, PEMIMPIN PAS AKAN DIKERAT???

Apa pulak ni? Kenapa pulak cerita macam ni boleh timbul? Dan kenapa baru sekarang ada dikalangan ahli PAS yang mahu bersuara mengenainya?
Sebelum ini, dah berapa ramai pemimpin PAS yang dibuang atau digugurkan kerana tidak sehaluan dengan kepimpinan Pusat? Kenapa masa tu diorang tak sedar?Datuk Dr. Hassan Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa diantara mereka yang tumbang kerana PAS enggan menerima pandangan selain dari yang telah dibuat sebelum ini.

Takkan itu pun ahli PAS masih tak mampu nak bukak mata dan melihat Kebenarannya? Adakah semua ahli PAS buta belaka? Atau mereka sengaja dibutakan pemimpin?

Tambahan pulak, ada pendedahan yang dibuat menjelaskan bahawa:
"PAS adalah jemaah paling benar sebab ia paling lama di Malaysia, tidak perlu wujud jemaah lain hanya kerana berbeza pendapat, tegurlah dari dalam jika ingin menegur, bukan menubuhkan jemaah baru yang akan menimbulkan perpecahan dalam gerakan Islam"
Nah! Nampak sangat la yang ahli PAS ni masih lagi buta dengan Kebenaran. Mereka tak sedar yang mereka telah ditipu selama hari ini.

Sejarah penubuhan PAS pun ramai ahli yang masih tak tau. Mana mungkin PAS merupakan jemaah paling lama. PAS tubuh selepas UMNO. Itu hakikatnya.

Dan PAS juga ditubuhkan atas dasar kerana tidak sefahaman dengan kepimpinan UMNO. Bermakna, PAS sendiri dah berpecah dari jemaah seawal penubuhannya.

Pemimpin awal PAS sendiri keluar dari jemaah kerana mereka enggan menegur dari dalam. Kemudian mereka tubuhkan jemaah lain dan menyebabkan perpecahan.

Itu hakikatnya. Itu Kebenarannya. Jika Kebenaran itu pun mereka tak boleh nak terima, macam mana mereka boleh dabik dada kata mereka 'Jemaah Paling Benar'?

Nampak sangat doktrin PAS selama hari ini kepada ahli serta penyokong mereka tidak berlandaskan Kebenaran. Tak heran la jika mereka selalu 'Mempergunakan Islam' untuk kepentingan diri sendiri. Bukannya diorang nak memperjuangkan Islam sangat pun!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan