SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 24 Ogos 2013

ZAHID BERI AMARAN KEPADA WAYTHA MOORTHY..JANGAN MASUK CAMPUR HAL POLIS????:

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy supaya jangan masuk campur hal Polis.
“Jangan masuk campur urusan Polis. Polis perlu diberi ruang menjalankan kerja mereka,” kata Zahid kepada pemberita.

Beliau turut menasihat Timbalan Menteri tersebut supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang bertentangan dengan polisi kerajaan.

“He (Waytha Moorthy) should not continue to regard himself as the leader of a non-governmental organisation. He should not be thinking like the leader of Hindraf (Hindu Rights Action Force).

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta memberi komen mengenai kenyataan Waytha Moorthy yang mempersoal dan mempertikai penerangan Polis mengenai kejadian lima orang penjayah kongsi gelap di tembak mati di Pulau Pinang Isnin lalu.

Waytha Moorthy dilaporkan berkata Polis menembak dengan tujuan membunuh kelima-lima penjenayah tersebut dan medesak Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengadakan inkues bagi menentukan sebab kematian.

Isnin lalu, Polis menembak mati lima orang penjenayah yang dipercayai terbabit dalam beberapa pembunuhan di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan