SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 24 Ogos 2013

SEKALI BUAT SILAP, SAMPAI SUDAH ORANG TAK PERCAYA???

Itulah nasib yang kini menimpa puak - puak DAPigs tu. Diorang dah memang tak boleh nak buat apa dah. Apa sahaja yang diorang buat pasti akan mengundang spekulasi.

Tapi nak buat macam mana. Penyakit tu diorang cari sendiri. Diorang jugak yang cari masalah. Sekarang, diorang tanggung la sendiri!!!

Waima diorang kata diorang telus dan ikhlas nak buat pemilihan semula, ahli - ahli DAPigs sendiri masih lagi skeptikal terhadap niat sebenar mereka.

Masih lagi ada dikalangan mereka yang mencurigainya. Jelas, semua itu memang tidak dapat nak dielakkan lagi sebab kepercayaan serta keyakinan ahli dah hilang.

Tinggal lagi, puak -puak pemimpin DAPigs yang ada kat atas tu bukan peduli sangat pun dengan semua benda ni. Yang penting diorang ni kekal berkuasa. Yang lain, diorang peduli pun tidak!!!
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata meskipun DAP nampak seperti akur dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), namun ia dilakukan dengan agenda tersirat.

Menurutnya, perubahan keputusan DAP itu bukan disebabkan rasa takut parti itu akan dibatalkan, tetapi untuk meletakkan parti itu sebagai mangsa ROS yang dituduh diarahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Meletakkan DAP menjadi mangsa ‘kekejaman’ ROS dan BN, katanya akan dapat mengalihkan kesalahan sebenar yang dilakukan pimpinan parti itu dalam pemilihan CEC DAP Disember tahun lalu.

“DAP memberikan jawapan yang tidak lengkap dan menyembunyikan maklumat penting yang boleh membantu ROS dalam menjalankan penyiasatan terhadap tuduhan (salah laku pemilihan CEC), ” kata Tunku Aziz dalam sidang media semalam.

Tunku Abdul Aziz dilaporkan Utusan Malaysia berkata, DAP perlu sedar kemelut CEC itu timbul kerana ramai akar umbi parti tidak berpuas hati dengan proses pemilihan tahun lalu yang penuh kepincangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan