SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 28 Ogos 2013

MCA mahu pengarah Tanda Putera bertanggungjawab jika berlaku ketegangan kaum...Satu Ugutan Nampak?????


MCA menggesa pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba bertanggungjawab sekiranya khalayak yang menonton filem berkenaan tidak berpuas hati dan mencetuskan ketegangan kaum....Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata, adegan sekumpulan pemuda Cina kencing di laman Menteri Besar Selangor Datuk Idris Harun akan menyebabkan penonton berasa kurang senang dan pihak penerbitan harus bersedia menerima kritikan.

Wee berkata, meletakkan kesalahan sesuatu kaum dengan menggambarkan babak yang tidak tepat berhubung tragedi 13 Mei 1969 adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Pihak penerbitan Tanda Putera membantutkan usaha pendamaian nasional yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apatah lagi dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pengarah tidak sewajarnya menggunakan alasan sejarah bagi membuat penipuan dan kebencian antara kaum di Malaysia. Filem cereka atau berdasarkan kisah benar seharusnya boleh dibezakan oleh pengarah filem itu," katanya.

Hari ini DAP menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969 dalam mesyuarat Kabinet esok.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata filem Tanda Putera mendapat pembiayaan kerajaan bagi menerbitkan filem sejarah berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei namun gambaran tidak tepat mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Beliau berkata, Tanda Putera seharusnya dijadikan medan menyampaikan kebenaran dengan memaparkan peristiwa sebenar 13 Mei 1969 namun filem berkenaan memberi gambaran tidak tepat menyebabkan generasi muda terkeliru apa sebenarnya yang berlaku semasa peristiwa berdarah itu.



"Shuhaimi tidak seharusnya menjadikan Tanda Putera sebagai sebuah filem pontianak yang pernah diarahkannya dahulu dengan memberi gambaran tidak tepat berhubung rusuhan kaum berkenaan kepada generasi muda.

"Pengarah mesti menyenaraikan babak cereka atau peristiwa yang tidak tepat berhubung kejadian 13 Mei dalam filemnya supaya tidak terus menyelewengkan kebenaran peristiwa 13 Mei.

“Perakuan ini penting kerana Shuhaimi mengakui Tanda Putera sebagai sebuah filem fiksyen yang berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, berdasarkan pandangan penonton yang menonton filem berkenaan, mereka mendapati filem berkenaan terdapat unsur cereka atau kejadian tidak benar mengenai 13 Mei yang boleh memberi kecelaruan dalam masyarakat dan menyemarakkan api kebencian antara kaum.

Katanya, berdasarkan pandangan mereka yang telah menonton filem itu, beberapa babak rekaan dikenal pasti antaranya beberapa pemuda kencing di tiang bendera di laman rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Idris Harun dan babak kekecohan di pawagam yang meminta kaum Cina meninggalkan tempat itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan