SRIKANDI SHARIENA

Isnin, 26 Ogos 2013

Kalimah Allah: PAS Kata Dah Selesai, Hakikatnya Belum????

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika berucap di Majlis Makan Malam dan Syarahan Datuk Fadzil Nor beberapa hari lepas mendakwa PAS sentiasa bertolenrasi dan mengambil pendekatan berhemah dalam menyelesaikan sesuatu isu berbangkit....Dengan mengambil contoh isu kalimah Allah, Naib Presiden PAS itu mendabik dada kononnya isu sensitif itu telah pun selesai selepas pucuk pimpinan parti itu mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut.

“Isu kalimah Allah umpamanya. Bila pimpinan ulama kita keluarkan kenyataan yang tegas, kita selesaikan isu itu,” demikian katanya yang dipercayai merujuk pada keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini yang menolak kesepakatan PR untuk membenarkan kalimah Allah diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu.

Ini dah macam kes tak sedar diri rasanya, masih terperuk dalam dunia halusinasi sendiri hingga lupa kebenaran realiti.

Hakikatnya isu kesucian kalimah Allah S.W.T masih berliku ranjau penyelesaiannya malah kenyataan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 itu tidak pun mengubah pendirian PR yang telah bersepakat untuk membenarkan kalimah Allah S.W.T dinodai kesuciannya.

Pokok pangkal isu ini ialah gereja Kristian yang didukung oleh DAP telah menuntut supaya kalimah Allah S.W.T diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu bagi menggantikan kata nama “God”. Dan PR bersetuju selaras dengan kesepakatan PR yang turut disertai oleh PAS.

Bila sedemikian persetujuannya ia bermakna secara sedar atau tidak, pimpinan PR seperti mengiktiraf bahawa konsep ketuhanan Islam dan keesaan Allah S.W.T seolah-olah sama seperti konsep ketuhanan triniti dalam agama Kristian.

Hatta dikalangan pimpinan PAS terutama sekali membabitkan golongan liberal yang berkiblatkan idelogi Anwarinas dalam AJK PAS Pusat pun masih ramai yang mengiakan tuntutan Kristian.

Jadinya di mana bukti yang PAS telah menyelesaikannya sedangkan PAS sendiri sehingga kini masih gagal mempengaruhi rakan sepakatannya dalam PR untuk mengubah pendirian?

Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 22 Ogos lepas yang memihak kepada Islam hanyalah satu permulaan kerana detik 10 September 2013 ini ada lagi perbicaraannya yang diharapkan akan menguburkan terus cubaan dakyah Kristian untuk memanipulasi kalimah Allah S.W.T.

Malangnya tempohari di Putrajaya, hanya bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin serta rakan seperjuangannya seperti Hasan Ali sahaja yang kelihatan memberi sokongan atas kapasiti sebagai aktivis Islam yang istiqamah.

Tiada kelibat pemimpin PAS yang lain, agaknya Salahuddin dan lain-lain pimpinan PAS melihat himpunan politik jalanan seperti Bersih, HKR dan Blackout jauh lebih utama berbanding himpunan aman demi mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan