SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 30 Ogos 2013

Islam Dicabar Secara Halus Sebelum Diserang?????


Kerakusan pihak pembangkang untuk menukar agama Islam sebagai agama rasmi negara akhirnya membawa padah. Pihak pembangkang cuba untuk menguji kesabaran dan ketulenan umat Islam Negara dengan mencabar dan menghina kesucian Islam dalam berbagai cara....Mereka cukup kecewa kerana di dalam Perlembagaan Negara telah termaktub bahawa Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Namun keberanian mereka untuk menghina dan mencabar kesucian Islam ini telah didorong oleh sokongan dan kepatuhan walaupun secara terpaksa oleh PAS dan PKR.
Didalam beberapa insiden yang melibatkan maruah Islam, mereka dapat melihat bahawa PAS dan PKR telah tunduk dan akur akan kehendak mereka. Maka dengan itu mereka telah memperolehi keberanian untuk lebih berani lagi dalam mencabar Islam.

Tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah Kristian di kalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03 Ogos 20011 lepas mendapat tentang yang cukup hebat daripada pihak PAS. Sikap PAS yang sanggup memperdagangkan Islam ini telah membongkar penipuan mereka selama ini yang KONONnya menjaga maruah Islam. Dalam insiden ini Datuk Hassan Ali yang mengetuai operasi ini bukan sahaja dipecat dari tugas malahan dibuang dari parti PAS.



Dalam isu Kalimah Allah yang merupakan antara faktor utama dalam membentuk hati umat Islam ke arah akidah yang benar, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama PAS. Kalimah Allah telah dituntut untuk digunakan oleh pihak Kristian yang memegang kepada prinsip tuhan itu tiga iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam dipersetujui PKR dan PAS dengan ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. PAS dan PKR telah tunduk samada rela atau paksa dalam isu menghina maruah Islam. Maka ini merupakan titik tolak sebagai kayu pengukur Islam di mata pihak pembangkang.

Kontroversi sebuah surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar di sini yang mencetuskan kemarahan penduduk kerana membenarkan penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan telah dirobohkan. Apabila rakyat bersuara maka pihak pembangkang buka mata akan sensitiviti agama Islam dalam Negara.

Ajakan berbuka puasa dengan hidangan babi oleh pasangan Vivian dan Alvin juga telah membangkitkan kemarahan umat Islam. Kita harus sedar bahawa mereka sedang menguji umat Islam untuk mereka bertindak lebih berani lagi mengubah perlembagaan Negara menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Maka kuasa yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja Melayu akan diperlekehkan secara tersusun bagi membolehkan agenda mereka terlaksana . Raja-Raja Melayu yang menjaga kesinambungan Ketuanan Melayu dan agama Islam perlu dihapuskan kerana mereka ini yang menghalang agenda besar kaum cina.???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan