SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 21 Ogos 2013

DAP CINABENG BANGSAT GALAKKAN RAKAYAT CEBURI BIDANG JENAYAH.??????


Sebagaimana maklum, baru-baru ini sekumpulan lelaki berbangsa India yang dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan jenayah bunuh dan senjata api telah berjaya ditumpaskan pasukan PDRM..Kelima-lima lelaki penjenayah tersebut telah mati terbunuh di dalam kejadian berbalas tembakan di dalam kejadian itu, bukan?

Meskipun majoriti rakyat Malaysia merasa lega dengan tumpasnya kumpulan “gangster” itu, tetapi ahli keluarga mangsa dan para pemimpin DAP pula marah-marah. Mereka berkumpul memprotes tindakan pasukan polis yang membawa kematian penjenayah itu.

Mungkin pada Lim Lip Eng, RSN Rayer, Guan Eng dan DAP, kumpulan penjenayah yang mati tersebut merupakan “wira” dan mereka tidak sepatutnya “mati”. Polis dipersalahkan dalam hal ini…

Semalam, dilaporkan pula tentang perarakan mengiringi mayat salah seorang penjenayah yang dikenali sebagai “Gobi”. Perarakan di Pulau Pinang itu dikatakan mendapat “restu” dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, setelah tiada sekatan dibuat ketika ia berlangsung.

Dilaporkan bahawa hampir seratus orang berbangsa India yang dipercayai anggota keluarga, sanak saudara, sepupu sepapat dan sahabat handai penjenayah itu menyertai perarakan itu. Memandangkan perarakan itu dilakukan secara aman, tiada kejadian tidak diingini berlaku…Selain itu, turut dilaporkan tentang sebuah balai polis yang telah menerima ugutan “bunuh” merujuk kepada temboknya yang telah diconteng kumpulan “gangster 04” yang masih berkeliaran di Pulau Pinang.

Seingat saya, ini bukan kali pertama kejadian seumpamanya berlaku. Masih ingat lagi kes Kugan? Masih segar lagi diingatan kita menyaksikan bagaimana para pemimpin pembangkang menganggap mendiang Kugan sebagai “wira”…

Persoalannya, apakah di zaman ini para penjenayah boleh disamakan tarafnya dengan “wira”?Kalau benar, saya yakin ramai di kalangan rakyat di negara kita yang memilih untuk menjadi penjenayah. Silap haribulan, ada yang sanggup berhenti kerja dan jadi penjenayah sepenuh masa. Maklumlah, kalau mereka mati ditembak polis, mereka akan dianggap “wira” oleh DAP!

Selepas itu, mayat mereka mungkin akan diarak ke tempat pengkebumian ala-ala tentera yang berkorban untuk negara. Lagipun, sudah tentu DAP dan Pakatan Haram akan bersusah payah mencari dana untuk membela nasib anak isteri mereka…senang hidup!

Namun, apakah itu semua wajar? Rasionalkah kita menganggap penjenayah sebagai wira? Sudahlah menganggap pembunuh sebagai wira, DAP pula sanggup menyalahkan pihak anggota keselamatan dan mempertikai tindakan mereka?

Polis tidak wajar tembak penjenayah? Patutnya semua senjata api milik polis disimpan saja di balai? Kalau nak serbu penjenayah bersenjata api, pihak polis hanya wajar dibekalkan dengan pistol air dan senapang mainan? Begitu?

Saya tidak tahu apa nak jadi dengan DAP dan pakatan pembangkang. Otak mereka terlalu “tinggi” falsafahnya hingga begitu mengagung-agungkan penjenayah. Taktik itu berkesan untuk raih undi politik barangkali?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan