Prestasi pelaburan negeri
Selangor untuk tahun 2012 yang begitu “memberangsangkan”! Sebuah negeri
termaju dan termoden di Malaysia hanya mampu mencatat pelaburan tahunan
berjumlah RM1.8 bilion saja?
Itu sajakah yang mampu dijana Khalid
Ibrahim sepanjang tahun 2012? Di mana penasihat ekonomi “RM1”? Dia
goyang kaki saja, kah? Mentang-mentang hanya dibayar RM1 saja sebulan, pelaburan di Selangor merosot pun dia buat tidak tahu saja…
Pelaburan sebanyak RM1.8 bilion itu merupakan satu perkembangan yang
menarik untuk diulas. Penurunan sebanyak 86% dari jumlah pelaburan tahun
2011 sebanyak RM11.7 bilion menunjukkan Khalid dan Anwar sememangnya
“ekonomis” yang gagal!
Begitu juga Lim Guan Eng di Pulau Pinang
yang menyaksikan penurunan jumlah pelaburan sebanyak 73% berbanding
sebelumnya. Dua negeri Pakatan Haram yang dulunya begitu meriah
ekonominya mengalami penurunan mendadak di dalam sektor pelaburan?
Saya tertanya-tanya, apakah faktor yang menyebabkan kemerosotan teruk pada kedua buah negeri tersebut?
Pertama, mungkin kerana para pemimpin Pakatan Haram terlalu banyak
menghabiskan masa dengan berpolitik sepanjang tahun. Maklumlah, sejak
tahun 2012 lagi mereka sudah mula berkempen untuk PRU ke-13. Mana ada
masa nak tarik pelabur, bukan?
Siang ceramah, malam pun
ceramah. Esoknya ada jamuan amal untuk “merompak” duit penyokong Pakatan
Haram di hotel mewah. Kemudian berlepas dengan pesawat peribadi
mengelilingi negara memenuhi jadual kempen. Mana sempat nak jumpa
pelabur…
Kedua, mungkin kerana terlalu banyak “pelaburan
maksiat” di Selangor, maka para pelabur takut untuk masuk melabur di
negeri itu. Maklumlah, “pelaburan maksiat” selalunya di dalangi
“gangster” dan kongsi gelap. Macam mana pelabur nak yakin..?
Bila wujudnya kegiatan kongsi gelap yang berleluasa, apatah lagi
kegiatan itu dipercayai mendapat “perlindungan istimewa” dari orang
politik sesebuah negeri, sudah tentu pelabur takut untuk melabur wang
mereka di situ. Nanti mereka kena bayar “wang perlindungan” pula..kan?
Ketiga, mungkin juga para pelabur merasa tidak yakin pada kepimpinan
Khalid dan Anwar. Maklumlah, yang seorang itu kalau bercakap pun selalu
tergagap-gagap. Seorang lagi pula terlalu banyak skandalnya, tabiatnya
pun luar biasa “diluar tabii”.
Kalau kemudahan asas seperti
krisis air yang mudah diselesaikan pun dia “gagap” dan gagal tangani
dengan baik, siapa yang mahu melabur di Selangor? Hinggakan banyak
kilang di negeri itu terpaksa cari alternatif memproses air sendiri
untuk menampung bekalan air? Teruk betul..!
Selain itu, antara
faktor lain yang menyumbang pada penurunan pelaburan di Selangor mungkin
berpunca dari keghairahan puak-puak Pakatan Haram yang cintakan
huru-hara. Kalau boleh, setiap hari mereka mahu adakan demonstrasi
jalanan…
Itu belum lagi disentuh mengenai kelulusan dan
kreadibiliti “sesumpah” pada Anwar Ibrahim. Walaupun dia “famous” di
luar negara, popularitinya itu bersifat negatif. Cuba bayangkan, video
rakaman skandal seksnya tersiar di salah sebuah laman porno di Jepun!
Orang seperti itu ada kreadibiliti, kah?
Sebetulnya Selangor
dan Pulau Pinang sedang berundur ke belakang. Namun kerana bijak
bercakap dan pandai memutarkan lidah di depan rakyat, mereka mampu
sembunyikan segala kepincangan mereka di sebalik karpet merah…
Namun fakta tetap fakta, ia tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.
Tahniah pada seluruh pengundi di Selangor dan Pulau Pinang. “Hebat”
betul prestasi Khalid, Anwar dan Guan Eng. Mana nak cari pemimpin
“legenda perosak ekonomi” seperti mereka, kan?
Mujurlah Kedah
berjaya ditawan BN semula. Belum sampai 100 hari, Mukhriz sudah umumkan
pelaburan masuk ke Kedah hampir berjumlah RM8 bilion. Jangan marah..! BN
juga yang cakap serupa bikin, kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan