SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 21 Ogos 2013

Berlakon Menangis Lagi, Usaha Terakhir Kit Siang Untuk Selamatkan Guan Eng Cina bangsat????

Pasti ramai yang telah mengetahui berhubung keputusan DAP untuk dan mengadakan semula pemilihan ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) parti itu yang telah dilantik melalui pemilihan Disember lalu. Setelah hampir setahun mereka bermain ‘opera Cina’ dengan menyalahkan semua pihak, kemelut dalam yang melanda parti itu dijangka akan berakhir apabila parti ‘ultra cauvinis’ terpaksa akur dengan ketetapan yang di buat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Siasatan ROS sebelum ini terbukti benar, apabila mendakwa pemilihan CEC DAP yang dilakukan pada Disember 2012, tidak sah dan terbatal. Ia ekoran dari aduan ahli-ahli parti itu berhubung isu 753 perwakilan yang layak mengundi namun tidak diberikan notis untuk hadir dan penipuan kiraan undi yang dianggap tidak masuk akal.

Pada mulanya, ramai yang melahirkan rasa pelik dan hairan dengan perangai keras kepala yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung kerana sering berdolak dalih berhubung isu yang dibangkitkan ini. Tambah menghairankan, mereka juga enggan bekerjasama dengan pihak ROS yang terpaksa menjalankan siasatan setelah menerima aduan dari ahli parti itu.

Namun setelah diteliti, Guan Eng rupanya takut kehilangan kuasa sekiranya undi perwakilan yang mengundi tidak memihak kepadanya. Tambahan pula, dia sebelum ini berdepan dengan sentimen penolakan khususnya di kalangan ahli yang berketurunan India.

Malah dia juga sebelum ini, pernah dikatakan menjadi dalang utama untuk menjatuhkan Timbalan Ketua Menteri II, Prof P.Ramasamy. Menurut sumber yang boleh dipercayai jug, terdapat satu ‘konspirasi terancang’ untuk menjatuhkan Guan Eng daripada terus menjawat jawatan tersebut pada penggal depan.

Cuma, apa yang lebih memeranjatkan ialah konspirasi tersebut dikatakan didalangi seorang pemimpin tertinggi DAP. Dan dibantu oleh sekumpulan akar umbi yang juga merupakan penyokong sekumpulan puak yang tidak begitu menggemari cara negeri tersebut ditadbir dan cara parti itu yang semakin dikuasai oleh anak beranak Dinasti Lim.

Kehadiran ‘puak’ ini juga telah lama disedari oleh ‘Dinasti Lim’ namun pelbagai cara telah dilakukan oleh mereka untuk menghindari mereka secara perlahan. Tetapi yang peliknya kumpulan ini semakin lama semakin ‘membesar’.

Malah dikatakan majoriti rakyat di Pulau Pinang khususnya yang berketurunan Melayu dan Ilsma juga dikatakan tidak begitu gembira dengan cara negeri itu diterajui terutamanya oleh seorang pemimpin yang dianggap ‘berlebihan’. Pada mereka, Guan Eng yang pada awalnya begitu mesra rakyat dan prihatin, dalam tempoh kebelakangan ini nampak banyak ‘berubah’.

Mereka menganggap Guan Eng lebih berminat untuk berpolitik daripada ambil peduli kebajikan rakyat. Gaya beliau juga lebih gemar menyalahkan semua orang, kerajaan terdahulu serta media arus perdana daripada ‘menilik’ kesalahan sendiri.

Rakyat Pulau Pinang sudah semakin celik dan bijak membuat penilaian mereka sendiri. Sebab-sebab ini turut membantu kumpulan ‘anti dinasti Lim’ untuk terus bertindak menjatuhkan beliau.

Kesimpulannya sekiranya usaha kumpulan anti Dinasti Lim mampu untuk menjatuhkan Guan Eng dalam pemilihan CEC yang bakal diadakan pada awal November ini, bapanya Lim Kit Siang mungkin terpaksa untuk berlakon bagi meraih simpati perwakilan agar mengekalkan jawatan anaknya.

Ini kerana sebagai seorang yang pernah berkuasa dalam parti itu sejak 1968, Kit Siang sudah mampu untuk menangis sekali lagi jika perlu sebagaimana drama lakonannya untuk meraih simpati masyarakat Cina sebelum PRU-13. Hakikatnya inilah wajah sebenar parti yang di sokong oleh majoriti masyarakat Cina.

Apakah majoriti kaum Cina akan terus tertipu atau sengaja mahu ditipu dengan gambaran palsu bahawa DAP kononnya berintegriti dan demokratik? Jawapannya, biarlah mereka sendiri yang tentukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan