SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 22 Ogos 2013

ADUN DAP Kantoi Menipu Lagi,Geng 04???

ADUN Seri Delima, RSN Rayer dengan penuh confident menyatakan kepada media bahawa kesemua 5 penjenayah yang ditembak mati polis dalam satu operasi di Nibong Tebal kelmarin, tidak terlibat dengan kegiatan gansterisme dan kongsi gelap.

Memetik kenyataan RSN Rayer ketika memimpin 100 ahli keluarga penjenayah ke balai polis tempoh hari dimana Rayer dipetik sebagai berkata ”The family members has denied that the five were involved in the recent spat of shootingnor did they have underworld link”.

Setelah diterjermahkan membawa maksud RSN Rayer mengatakan keluarga mangsa menafikan penglibatan kesemua penjenayah tersebut dengan kegiatan kongsi gelap.

Tapi apa kata RSN Rayer sekarang bila van membawa mayat kelima-lima jenayah itu dihiasi dengan gambar mereka dan lambang kumpulan kongsi gelap yang mereka sertai, 04?Van mayat ini bukan polis yang sediakan hiasan di luar tu tapi oleh ahli keluarga mangsa sendiri, atau anggota kumpulan dia juga. Jadi polis memang betul sepanjang masa bahawa 5 penjenayah itu memang ahli kumpulan kongsi gelap yang mengganas di jalan-jalan raya di Malaysia ini.

Bila cakap pasal kongsi gelap, apa yang baik tentang kegiatan tersebut, memang orang jahatlah, nak pertikaikan apa lagi bila mereka ditembak.

Justeru memang wajarlah polis menyiasat ADUN DAP ini dan kaitannya dengan kumpulan kongsi gelap. Sebagai peguam, bagaimana dia kata orang yang ada rekod jenayah seperti semua yang ditembak mati itu sebagai orang baik? Kesemua mereka tak bekerja pun tapi duduk kondominium mewah, sesiapa pun akan syak.

Dalam masa yang sama kita perlu ingat, polis telah menahan beratus-ratus orang setakat ini dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan untuk menangani penjenayah ganas yang dibebaskan pembangkang (secara tidak langsung) dengan mendesak kerajaan menghapuskan Ordinan Darurat (EO).

Kenapa beratus-ratus orang itu ditangkap dan 5 orang ini ditembak mati? Mudah saja. Sebab yang beratus-ratus orang itu tidak menembak polis semasa hendak ditangkap, berbanding 5 penjenayah tersebut, itupun susah nak fikir ke?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan