SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 28 Mei 2014

Fitnah Dan Penipuan Jadi Strategi Kempen DAP???

DAP amat jelas dilihat menggunakan strategi “Fitnah dan Tipu” di sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan P076.

Calon DAP untuk PRK Teluk Intan, Dyana Sofya, walaupun dikatakan muda berusia 27 tahun, namun cukup handal dalam menipu sehingga penulis sendiri tidak terkira jumlah penipuannya sepanjang berkempen.

Ini tidak menghairankan kerana DAP sendiri berjuang atas penipuan serta penindasan terhadap kaum Melayu dan India.
Terbaru, puak-puak DAP mengambil kesempatan atas sebuah bencana kebakaran yang berlaku lebih kurang jam 2 pagi tadi di sebuah kilang perabot di Jalan Changkat Jong, B&B Furniture yang terletak bersebelahan Kuil Vellai Vinayagar berhampiran restoran terkenal di Teluk Intan, Gulam Rasul.

Puak-puak penipu ini telah menghebahkan dan menggunakan gambar kebaran kilang perabot tersebut dan mendakwa bahawa kebakaran tersebut adalah insiden UMNO membakar bilik gerakan DAP di Jalan Changkat Jong.

Laporan berita sebenar insiden berkenaan telah disiarkan oleh feldavoice.com pada jam 3.42 pagi tadi dan disahkan sendiri oleh editor portal berkenaan yang berada di tempat kejadian.

Di dalam insiden berkenaan, Presiden PPP, Datuk Seri Dr M Kayveas turut berada di lokasi kejadian secara kebetulan dan beliau turut membantu melancarkan kerja-kerja Bomba & Penyelamat dari Balai Teluk Intan.

Penulis tidak mahu mengulas tentang kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi kerana pembaca boleh mengakses portal feldavoice.com untuk membaca berita penuh serta gambar-gambar sebenar kejadian yang turut dimuatkan di FB Barisan Nasional Teluk Intan. [https://www.facebook.com/BarisanNasionalTelukIntan]

Penulis ingin menarik perhatian pembaca akan sikap biadap DAP yang mengambil kesempatan atas bencana yang berlaku di Teluk Intan yang sedang hangat dengan PRK Parlimen.

Persoalannya, kenapa UMNO yang difitnah membakar sedangkan calon yang bertanding adalah dari Parti Gerakan?
Ini jelas menunjukkan bahawa DAP sendiri tiada keyakinan menang jika bersikap telus dan jujur dalam berkempen.

Berlainan sikapnya dengan BN dan calon BN, Datuk Mah Siew Keong yang sentiasa jujur dan telus sepanjang berkempen di PRK Teluk Intan ini.

Kalah atau menang kemudian kira, yang penting sikap jujur dan telus menjadi keutamaan kempen BN di PRK Teluk Intan.
Penulis sedia maklum bahawa calon BN dalam PRK Teluk Intan, Datuk Mah seorang yang bersih dan fakta ini tidak dapat dinafikan oleh warga Teluk Intan mahupun DAP sendiri.

Ini menimbulkan kegerunan Dyana dan DAP dalam pertembungan 1 lawan 1 dalam PRK ini.

Manakan tidak, Dyana telah didedahkan media dengan pelbagai siri penipuan yang akhirnya menjerat dirinya sendiri.
Sedangkan Datuk Mah pula adalah anak jutawan Teluk Intan dan bersih dari sebarang skandal, penipuan mahupun penyelewengan.

Didalam sidang media petang semalam, Datuk Mah juga turut menyelar gaya kempen DAP yang banyak menipu dalam meraih undi warga Teluk Intan.

Apa yang menimbulkan kehairanan penulis adalah, DAP cukup gah menyatakan keyakinannya untuk menang dalam PRK ini namun tindak tanduk DAP dan calonnya menunjukkan yang sebaliknya.

Selepas ini, apa pula penipuan dan fitnah yang akan dihidangkan DAP dan Dyana kepada pengundi-pengundi di Teluk Intan ?


1 ulasan:



  1. شركة تنظيف منازل بالخبر

    شركة تنظيف منازل بالخبر شركة المثالية هي افضل شركة تنظيف بالخبر يمكنكم التواصل معها للحصول علي افضل خدمات تنظيف المنازل والشقق والفلل والبيوت والمجالس والكنب والسجاد والموكيت والمفروشات بجودة عالية ومواصفات قياسية حيث تعد شركة تنظيف منازل بالخبر اولي الشركات التي التي تخصصت في مجالل التنظيف بالخبر ولديها خبرة كبيرة وعمالة ماهرة وادوات تنظيف حديثة وطاقم عمالة مدرب علي اعلي مستوى فلا تترددوا في الاتصال بشركة المثالية للتنظيف بالخبر وسوف تحصلون علي افضل الخدمات المنزلية من نظافة ومكافحة حشرات بارخص الاسعار

    BalasPadam