Setahu saya, Rasulullah SAW menegaskan bahawa umat Islam
dilarang sama sekali berbohong, walaupun pada orang kafir. Kita berdosa
sekiranya berbohong. Malah kita disuruh untuk bercakap benar meskipun pahit untuk ditelan...kan?
Apabila kita dapat tahu tentang sesuatu perkara, adalah perlu bagi kita menyiasat kebenaran di sebalik berita tersebut sebelum disebarkan pada khalayak umum. Kalau terbukti benar, maka bolehlah kita sebarkan...tapi kalau tak benar, tidak wajarlah...kan?
Itu yang diajar Islam kepada umatnya. Begitu juga yang diberitahu pada saya oleh ustaz-ustaz. Tapi, mungkin Timbalan Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman tidak berfahaman begitu. Tak kira betul atau tidak, dia sebarkan dulu... kebenaran berita dia periksa kemudian...Mula-mula dia tweet kat Twitter, kononnya ada kapal terbang Air Asia terhempas kat KLIA di Putrajaya. Habih kecoh kat Twitter gara-gara tweet dia tu... Kononnya dia bawak cerita "sensasi".. nak glamour la kot..?
Lepas tu, baru dia tanya sama ada berita yang dia tweet tu benar atau tidak? Tu diaaa.. dah sebar dah berita... lepas tu baru tanya kesahihan berita yang dia tweet tu? Apa dia tak fikir ke sebelum dia tweet berita kontroversi tu?Akibat gurauan itu, ramai rakan penulis menghentam beliau di dalam blog masing-masing kerana mengetahui bahawa berita itu adalah palsu. Tidak kurang juga yang mengkritik tindakannya di dalam Facebook dan Twitter.
Soalnya, kenapa seorang pemimpin dan wakil rakyat sengaja membuat berita palsu itu hingga menimbulkan kerisauan banyak pihak?
Adakah beliau sengaja ingin menipu rakyat?
Itu semua tidak benar. Ini adalah helah semata-mata.
Sebenarnya, berita palsu itu sengaja dirancang untuk memberi laluan publisiti kepada Dr Syed Azman sendiri.
Ini kerana Dr Syed Azman akan mengetuai satu pembongkaran tentang salah laku dan penyelewengan terbesar yang kononnya dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin oleh parti Barisan Nasional (BN) di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, jumaat ini.
Jika diperhatikan, 'Media Strategy Plan' yang digunakan oleh Dr Syed Azman mirip strategi yang dilakukan oleh Rafizi Ramli tidak lama dahulu ketika meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor.
Ekoran peletakan jawatan Rafizi, timbul pelbagai spekulasi kononnya berlaku masalah dalaman dan perpecahan di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ada juga yang membuat andaian bahawa Rafizi akan menyertai BN.
Akhirnya, semua rakyat Malaysia tertipu.
Sedangkan, Rafizi sengaja berbuat demikian untuk mendapatkan liputan peribadi dan publisiti media kerana beliau diarahkan untuk membuat pendedahan tentang penyelewengan yang kononnya berlaku di National Feedlot Corporation (NFC).
Akibat pendedahan itu, Datuk Seri Shahrizat Jalil menjadi mangsa dan terpaksa akur dengan melepaskan jawatan menteri ekoran tekanan banyak pihak.
Soalnya, jika benar Dr Syed Azman bakal membuat pendedahan penyelewengan terbesar yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu, adakah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bakal menerima nasib seperti Shahrizat?
Hati-hatilah dengan 'Konspirasi luar tabi'e' oleh mereka ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan