SRIKANDI SHARIENA

Isnin, 26 Mei 2014

Rasuah~ Ahli politik PKR Terkenal di Gombak ditahan SPRM???

Photo: Rasuah~ Ahli politik PKR Terkenal di Gombak ditahan SPRM???Seorang ahli politik berusia 32 tahun telah ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi di Selangor kerana meminta rasuah daripada  seorang wakil sebuah syarikat swasta.

Ssuspek dikatakan ditahan ketika sedang meminta wang rasuah sebanyak RM4,000 dari wakil syarikat swasta berkenaan pada petang Jumaat.
SPRM dilaporkan melancarkan operasi bagi menahann suspek setelah menerima laporan bahawa ahli politik berkenaan, yang juga pengurus besar sebuah syarikat telah meminta rasuah berkenaan bagi melanjutkan kontrak.

logo-SPRM with gari“Suspek didakwa meminta sejumlah wang daripada syarikat itu jika mereka mahu melanjutkan kontrak yang telah tamat.

“Selepas menerima laporan itu, sepasukan pegawai SPRM dan wakil syarikat merancang operasi tersebut serta suspek ditahan selepas mereka mengadakan mesyuarat di sebuah premis makanan di AU5, Hulu Klang pada jam 5 petang semalam,” lapor New Straits Times memetik sumber SPRM berkenaan.
Difahamkan, suspek yang merupakan seorang tokoh terkemuka dari sebuah parti politik daerah Gombak itu kini berada di bawah tahanan pihak SPRM bagi siasatan lanjut.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad turut mengesahkan penangkapan itu namun enggan mengulas lanjut sama ada wang rasuah itu bertujuan membiayai kempen politik suspek kerana siasatan sedang dijalankan.

New Straits Times turut melaporkan bahawa Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mengenali suspek tetapi tidak mengetahui mengenai penagkapan beliauSeorang ahli politik berusia 32 tahun telah ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi di Selangor kerana meminta rasuah daripada seorang wakil sebuah syarikat swasta.

Ssuspek dikatakan ditahan ketika sedang meminta wang rasuah sebanyak RM4,000 dari wakil syarikat swasta berkenaan pada petang Jumaat.
SPRM dilaporkan melancarkan operasi bagi menahann suspek setelah menerima laporan bahawa ahli politik berkenaan, yang juga pengurus besar sebuah syarikat telah meminta rasuah berkenaan bagi melanjutkan kontrak.

logo-SPRM with gari“Suspek didakwa meminta sejumlah wang daripada syarikat itu jika mereka mahu melanjutkan kontrak yang telah tamat.

“Selepas menerima laporan itu, sepasukan pegawai SPRM dan wakil syarikat merancang operasi tersebut serta suspek ditahan selepas mereka mengadakan mesyuarat di sebuah premis makanan di AU5, Hulu Klang pada jam 5 petang semalam,” lapor New Straits Times memetik sumber SPRM berkenaan.
Difahamkan, suspek yang merupakan seorang tokoh terkemuka dari sebuah parti politik daerah Gombak itu kini berada di bawah tahanan pihak SPRM bagi siasatan lanjut.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad turut mengesahkan penangkapan itu namun enggan mengulas lanjut sama ada wang rasuah itu bertujuan membiayai kempen politik suspek kerana siasatan sedang dijalankan.

New Straits Times turut melaporkan bahawa Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mengenali suspek tetapi tidak mengetahui mengenai penagkapan beliau.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan